Monday, March 7, 2011

kerana aku BUKAN ABANG.

Posted by izzati norizan at 2:12 AM

wahai adik-adik lelaki ku,
apakah kerana aku bukan seorang abang sehingga kamu memandang remeh akan nasihat kakak mu ini?
apakah kamu kira aku ini lemah dan tidak layak menasihati mu?
apakah kamu perlu seorang abang untuk mengajar kamu dengan cara kekerasan?
apakah egomu sangat tinggi hingga kamu sanggup menyakiti hati ibu dan ayah mu?
apakah kamu berasa begitu hebat dengan kekuatan kejantanan yang kamu miliki?

wahai adiku,
cukuplah menyakiti hati orang tuamu.
cukuplah menyakiti hati kakak-kakak mu
cukuplah memainkan perasaan perempuan di luar sana.
izinkan dirimu berubah.
perjalanan hidup mu masih panjang.

percayalah adikku,
setiap nasihat yang kami berikan bukan sia-sia.
bukan untuk memundurkan dirimu.
bukan untuk menyeksamu.
tetapi untuk masa depan mu.
di saat kau mengerti apakah erti hidup yang sebenar-benarnya.

wahai adikku,
ketahuilah atas asbab apakah aku menasihati mu.
kerana aku tidak mahu kamu menjadi seperti aku.
aku mahu kamu menjadi seorang yang lebih baik dari aku.
seorang yang mampu menggoncangkan dunia ini.
seorang yang mampu merentasi tamadun.
seorang pahlawan ISLAM yang terunggul

wahai adikku,
ketahuilah bahawa besarnya tanggungjawab seorang lelaki.
setelah ayah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya untuk bertemu SANG PENCIPTA(I.ALLAH)
ketahuilah kau bakal menggantikan ayah setelah pemergiannya.
ketahuilah kau bakal menjadi wali di hari pernikahan ku kelak.
ketahulah kau diamanahkan untuk menjaga adik beradik perempuan mu.
bukan ku pinta ayah pergi tetapi itulah hakikatnya.
INNALILAHIWAINNAILAIHIRAJI`UN..
sesungguhnya datang dari ALLAH dan kembali kepadaNYA jua.

wahai adikku.
persiapkanlah dirimu dengan agama ALLAH.
persiapkanlah dirimu dengan dunia yang fana ini.
persiapkanlah dirimu dengan ilmu-ilmu.
persiapkanlah dirimu dengan ketabahan dan keimanan.

wahai adikku
aku ingin kau tahu aku sangat menyayangi mu.

3 comments:

Asrar sh on March 7, 2011 at 2:59 AM said...

like!!

izzati norizan on March 7, 2011 at 3:58 AM said...

TRIMASSSS

izzati norizan on March 7, 2011 at 3:59 AM said...
This comment has been removed by the author.

3 comments on "kerana aku BUKAN ABANG."

Asrar sh on March 7, 2011 at 2:59 AM said...

like!!

izzati norizan on March 7, 2011 at 3:58 AM said...

TRIMASSSS

izzati norizan on March 7, 2011 at 3:59 AM said...
This comment has been removed by the author.
 
MELL bunga larangan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device